 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
pAe's FotoPages
 By: MOHD SAFARI
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 6 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Tuesday, 13-Jan-2009 07:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hijrah
|
|
new blog address will update soon
Here my new websites http://paephotography.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 30-Dec-2008 15:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Khazanah Dari Kuala Trong
|
|
Kuala Trong nama kawasan ini adalah tidak asing bagi penduduk yg tinggal dikawasan utara lebih-lebih lagi bagi mereka yg tinggal di kawasan larut matang @ taiping. Tetapi masih ramai lagi yg tidak mengetahui kawasan ini yang menyimpan bermacam-macam khazanah yg mempunyai nilainya yg tersendiri. Kuala Trong terletak di muara sungai dan jaraknya kira-kira 24km dari pekan Taiping, Rata-rata penduduk disini bekerja sebagi nelayan, tekong kepada kaki pancing dan sebahagian besar bekerja dikilang arang kayu yang berdekatan yg menjadi sumber mata pencarian bagi mereka.
Kilang-kilang arang kayu yg terdapat di Kuala Trong ini telah wujud sejak zaman 1930an lagi dan rata-ratanya pekerjanya adalah terdiri daripada penduduk tempatan . Arang kayu yg terhasil dari kilang ini adalah daripada jenis kayu bakau minyak (Rhiziphora apiculata) dan Kayu bakau kurap (Rhizophara mucronata). Kayu-kayu bakau ini dipotong dari hutan bakau berdekatan dan dibawa dgn bot ke jeti kilang arang kayu, kerja-kerja memotong kayu bakau ini haruslah mendapat kelulusan dari pihak renjer hutan yg berdekatan bagi memelihara khazanah bumi yg hampir pupus ini. Kerja-kerja membawa kayu-kayu ini ke jeti kilang haruslah mengikut kepada waktu air pasang kerana pada waktu ini sahaja bot yg sarat dgn kayu bakau dapat dibawa masuk ke jeti kilang melalui alor sungai yg kecil. Upah bagi setiap bot yg membawa masuk kayu-kayu tersebut adalah RM55 dan upah bagi memunggah kayu bakau dari bot ke jeti kilang adalah RM12 bagi setiap bot.
Setelah kayu-kayu ini di naikkan ke jeti proses seterusnya pula adalah membuang kulit kayu dan kerja ini dipelopori oleh kaum hawa dgn bayaran RM0.15 sen bagi setiap batang kayu bakau dan kerja ini dilakukan dari jam 08:00am hinggalah ke tengahari dan rata-ratanya adalah suri rumah yg usianya telah mencecah lebih dari separuh abad bagi menampung keperluan hidup yg kian hari kian meningkat.
Proses seterusnya adalah menyusun kayu-kayu bakau yg telah dibuang kulitnya didalam dapur tempat membakar arang yg berbentuk iglu . Setiap dapur ini dapat memuatkan jumlah 11 ke 12 muatan bot yg penuh dgn kayu bakau ( 14,000 hingga 15,000 kg kayu ) . Kerja memasak kayu bakau untuk dijadikan arang dilakukan oleh seorang warga emas Pakcik Zainal yg lebih dari 10 tahun bekerja sebagai penjaga api didapur kilang kayu arang ini dan diusia mudanya dahulu beliau adalah salah seorang pembawa bot kayu bakau. Menurutnya lagi proses memasak kayu bakau utk dijadikan arang kayu ini memakan masa selama 34 hari Suhu api di dapur mencecah sehingga 85 darjah celsius bertujuan mengeringkan air kayu bakau . pada setiap dapur terdapat ruang udara untuk mengeluarkan asap dan pekerja menghidu baunya untuk mengetahui arang sudah masak atau tidak Apabila setelah selesai dimasak harus dibiarkan selama 10 hari sebelum arang kayu itu dikeluarkan dari dapur. Menurutnya lagi hasil jualan arang kayu bagi setiap dapur mencecah kepada RM24,000.
Pemandangan disekitar pekan Kuala Trong
Jeti kuala Trong yg menjadi sumber pendapatan bagi Nelayan dan Tekong bot Memancing
Sempat Berborak dgn penduduk tempatan berbangsa cina yg berkerja sebagai tekong membawa kaki pancing dgn bayaran RM80 bagi sehari.
Salah satu Kilang arang kayu yg wujud sejak 1930an di Kuala Trong
Bahagian belakang kilang yg menjadi tempat tinggal sesetengah pekerja yg terpaksa menunggu di kilang semasa proses memasak arang kayu dijalankan.
Pejabat Renjer hutan Kawasan Kuala Trong yg memantau segala aktiviti pemotong kayu bakau secara bersekala bagi mengelakkan pemotongan secara haram hutan kayu bakau yg hampir pupus.
Alor sungai laluan bot-bot yang membawa kayu bakau ke jeti Kilang .
Bot-bot yg sarat dgn kayu bakau mulai meyusup melalui alor-alor sungai apabila air pasang.
Tekong bot mengikat tali bot sebelum mula memunggah kayu bakau ke jeti kilang
membantu rakan-rakan mengikat tali bot pada jeti kilang
Kerja-kerja memunggah kayu-kayu bakau tersebut dari bot ke jeti kilang dgn bayaran RM12 bagi setiap bot.
sempat bergurau senda setelah selesai menjalankan tugas untuk hari ini.
Wajah ceria jelas terbayang diwajah setelah selesai menjalankan tugas walaupun tugasannya amat berbeza dari kebanyakkan org lain.
bersiap sedia untuk keluar dari alor sungai kerana air sungai mulai surut.
Pakcik Zainal menunjukkan cara-cara membuang kulit kayu yg rata-rata dilakukan oleh suri rumah warga emas dgn bayaran RM0.15 bagi setiap batang kayu bakau.
kerja-kerja mengangkat dan menyusun kayu bakau yg telah dibuang kulitnya kedalam kilang.
minum seteguk air setelah berjam-jam mengangkat kayu bakau.
Dapur memasak arang kayu yg berbentuk iglu diperbuat dari tanah liat.
kayu-kayu bakau yg disusun didalam dapur yng berbentuk iglu untuk dimasak.
lubang-lubang asap yg terdapat pada dapur arang kayu.
Tukang masak kayu arang dapat mengesan kayu arang yg telah masak melalui asap yg keluar dari lubang-lubang dapur yg terdapat pada dapur ini.
Lagak pakcik zainal sewaktu menerangkan proses membuat arang kayu.
arang kayu yg telah masak ditutup pintunya dgn tanah liat bagi proses penyejukkan selama 10 hari dan hasil penjualan arang kayu bagi sesebuah dapur mencecah sehingga RM 24,000.
abu dari pembakaran dapur arang kayu ini menjadi extra income buat pakcik zainal di jual dgn harga RM5 setiap guni untuk dijadikan baja bagi tanaman ubi keledek , jagung dan beberapa jenis tanaman lagi.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 2-Dec-2008 06:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Come and Get Wet
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 18-Nov-2008 08:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MyNiece
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 17-Nov-2008 09:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Suraya
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 8-Nov-2008 05:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Strobist
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 7-Nov-2008 05:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sunset@Penang
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 3-Nov-2008 08:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DA@5Month++
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 16-Sep-2008 16:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Amin|Shikin
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 15-Sep-2008 15:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AbangBangla
|
|
|
|
|
|
|
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 6 > >>] [Archive]
|
|
 |
|
|
|